October 2018

You are browsing the site archives for October 2018.

Sidang Kedua Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-13 hari ini menyentuh hati para jemputan yang hadir apabila nama Allahyarhamah Siti Sarah Rasul diumumkan bagi menerima Ijazah Anumerta Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua. Siti Sarah Rasul merupakan graduan Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, FakultiRead More →

Universiti Selangor (UNISEL) menganjurkan Majlis Makan Malam bersempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-13 dan Anugerah Cemerlang UNISEL 2018 bertempat di Grand Dorsett, Subang. Majlis makan malam tersebut berlangsung bagi meraikan pelajar serta kakitangan UNISEL yang cemerlang sepanjang tahun 2018. Anugerah Canselor diraih oleh Ng Zheng Jian, graduan Sarjana Muda KewanganRead More →

Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-13 ini menyaksikan detik terindah buat Aisha Ahmed Mohamed Motawh, graduan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Korporat) yang berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor bagi tahun 2018. Aisha menerima sijil penghargaan, piala iringan serta hadiah wang tunai berjumlah RM2500 sumbangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor padaRead More →

Seramai 582 orang pelajar Universiti Selangor (UNISEL) bergraduat pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-13 bertempat di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya. Istiadat penuh warna warni dan gilang gemilang itu berlangsung selama 3 hari bermula pada 27hb Oktober 2018 sehingga 29hb Oktober 2018. Konvokesyen kali ini dibahagiakan kepada empat sidangRead More →

Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman hari ini hadir merasmikan Pesta Konvokesyen UNISEL (FESKONISEL) yang diadakan bersempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-13 bertempat di UNISEL Kampus Bestari Jaya. Dalam ucapan perasmiannya, beliau turut menjelaskan bahawa pelbagai penambahbaikan telah dijalankan di kampus Bestari JayaRead More →

Duta Besar Jepun Ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa menyempurnakan majlis menanam pokok Salam atau nama saintifiknya Syzygium polyanthum sebagai simbolik kehadiran beliau sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) kali ke-13 yang akan berlangsung esok. Majlis menanam pokok tersebut diadakan di perkarangan Canseleri UNISEL Kampus Bestari Jaya dan dihadiri oleh Prof.Read More →

Bersempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) ke-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi, Pusat Sukan dan Budaya dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menganjurkan UNISEL Convo Run 2018 bertempat di UNISEL Kampus Bestari Jaya. Larian tersebut mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada pelajar dan kakitangan UNISEL dari kedua-dua buah kampus. Rata-rataRead More →

Universiti Selangor (UNISEL) pada hari ini menerima kunjungan daripada YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Timbalan Perdana Menteri hadir ke UNISEL sempena program Persidangan Kebangsaan Wanita dan Pembangunan Keluarga 2018 yang berlangsung di Auditorium Za’ba Fakulti PendidikanRead More →

Sejajar dengan Persidangan Kebangsaan Wanita dan Pembangunan Keluarga 2018, forum bertemakan “Kesejahteraan Kanak-Kanak Dalam Agenda Pembangunan Mampan” diadakan bagi mengupas isu-isu berkaitan cabaran dalam membentuk kanak-kanak masa kini bertempat di Dewan Auditorium Za’ba, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya. Forum tersebut menekankan isu-isu berhubung pengabaianRead More →