UNISEL Convo Run 2018 Simbolik Pesta Konvokesyen UNISEL

UNISEL Convo Run 2018 Simbolik Pesta Konvokesyen UNISEL

Bersempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) ke-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi, Pusat Sukan dan Budaya dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menganjurkan UNISEL Convo Run 2018 bertempat di UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Larian tersebut mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada pelajar dan kakitangan UNISEL dari kedua-dua buah kampus. Rata-rata yang hadir bersemangat menyahut cabaran 5 kilometer larian mengelilingi kawasan UNISEL bermula dan berakhir di perkarangan perpustakaan UNISEL.

Seramai 300 orang peserta pertama yang berjaya menamatkan larian dianugerahi pingat yang disampaikan oleh barisan pengurusan tertinggi UNISEL. Tempat pertama dimenangi oleh Muhammad Asyraf Sabaruddin, tempat kedua oleh Mohammad Khairul Aizam Mohd Rizam manakala tempat ketiga dimenangi oleh Anadzlan Sakilan.

Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-13 akan berlangsung pada 27 hingga 29 Oktober 2018 bertempat di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya. Istiadat Konvokesyen ini bertambah rancak dengan penganjuran Pesta Konvokesyen UNISEL (FESKONISEL) yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). FESKONISEL ini akan berlangsung selama 4 hari bermula daripada 26 sehingga 29 Oktober 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *