MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SANTUNI KAKITANGAN UNISEL

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SANTUNI KAKITANGAN UNISEL

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Universiti Selangor (UNISEL) hari ini berlangsung dengan meriah dan jayanya di Dewan Canselor, UNISEL kampus Bestari Jaya.

Sambutan yang diadakan pada bulan Syawal setiap tahun itu disambut oleh seluruh kakitangan UNISEL termasuklah dari kampus Shah Alam dan Petaling Jaya.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapannya berkata, majlis ini diadakan setiap tahun bertujuan untuk menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

“Selain dapat berkumpul menyambut Hari Raya Aidilfitri, majlis ini juga merupakan satu platform yang penting untuk mengeratkan lagi tali silaturahim sesama staf di samping menjamah juadah yang telah disediakan”, ujar beliau.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis merangkap Pembantu Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan), YB Puan Rozana Binti Zainal Abidin, ADN Permatang dan Tuan Mohd Rizan Bin Haron, Penghulu Mukim Pasangan, Kampung Tanjung Siam, Bestari Jaya.

Sebanyak 13 gerai makanan melibatkan penyertaan daripada jabatan dan fakulti yang menyediakan pelbagai hidangan seperti kambing bakar, mee rebus, laksa, buahan-buahan dan macam-macam lagi.

Selain itu, pertandingan gerai tercantik, pakaian tercantik, serta kuiz dan cabutan bertuah turut diadakan. Berikut merupakan senarai pemenang :

1. Pertandingan Gerai Tercantik : Fakulti Perniagaan & Perakaunan
2. Pertandingan Pakaian Tercantik (Kontemporari) : Nora Lina Hussain (W) & Ibrahim Junaidi (L)
3. Pertandingan Pakaian Tercantik (Moden) : Nazariah Abdul Rahman (W) & Mohd Azrul Abu Samah (L)
4. Pakaian Tercantik (Tradisional) : Dr. Rina Abdul Shukor (W) & Mohd Farez Mohammad Taib (L)

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *