KEPUTUSAN RASMI PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UNISEL SESI 2019/2020

KEPUTUSAN RASMI PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UNISEL SESI 2019/2020

Prof. Madya Dr. Hamdan Bin Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti) Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengumumkan keputusan rasmi bagi Pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL bagi sesi 2019/2020.

Bagi kerusi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL bagi sesi 2019/2020 disandang oleh Muhammad Faqih Bin Damarulan, pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat manakala bagi kerusi Timbalan Presiden pula disandang oleh Muhammad Izznul Hakeem Bin Rosli juga dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat.

Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor UNISEL dalam pada itu berharap agar kesemua pelajar yang terpilih menjadi MPP pada sesi kali ini dapat memainkan peranan masing-masing dalam menjadi pemimpin yang terbaik dari aspek akademik dan pengurusan.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *