KEMPEM JOM SELAMAT BALIK RAYA 1.0

KEMPEM JOM SELAMAT BALIK RAYA 1.0

Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) buat julung kalinya mengadakan Kempen Jom Selamat Balik Raya 1.0 yang menekankan aspek pemeriksaan kenderaan kepada kakitangan UNISEL sempena Hari Raya Aidilfitri.

Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapannya berkata program ini diadakan dalam usaha untuk memastikan perjalanan pulang ke kampung pada hari raya nanti berjalan lancar dan selamat.

“Buat julung kalinya kita mengadakan program kerjasama dengan PUSPAKOM khusus buat kakitangan UNISEL. Saya berharap agar semua kakitangan dapat mengambil maklumat sepanjang program ini bagi memastikan kenderaan selamat untuk bergerak jauh,” ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, pemeriksaan kenderaan dan pemasangan sistem RFID pada kenderaan terpilih turut dijalankan selepas sesi perasmian program.

Di akhir program, Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman menyerahkan cenderamata penghargaan kepada Dato’ Oii Win Juat, Pengarah Pemasaran dan Penasihat PUSPAKOM atas kerjasama penuh menjayakan Kempen Jom Selamat Balik Raya 1.0 ini.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *