WANITA SYURGA BIDADARI DUNIA

WANITA SYURGA BIDADARI DUNIA

Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Majlis Prihatin UNISEL (MAWAR-UNISEL) hari ini mengadakan Ceramah Bulanan bertajuk ‘Wanita Syurga Bidadari Dunia’.

Ceramah tersebut disampaikan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki yang juga merupakan personaliti televisyen yang turut aktif mengendalikan seminar dan program khususnya keibubapaan.

Ceramah Bulanan Khas ini dianjurkan bersempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun dengan tema pada tahun ini adalah “Balance for Better” atau ‘Seimbang Untuk Sejahtera’.

Menurut Pn. Zaitun Abd Malek, Bendahari UNISEL, beliau melihat program ini merupakan satu pengiktirafan kepada kesemua kakitangan wanita yang sentiasa bertungkus lumus untuk menjadikan UNISEL sebagai sebuah universiti peneraju transformasi.

Beliau yang hadir mewakili Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL turut berharap agar program ini dapat memberi manfaat bukan sahaja untuk duniawi malah ukhrawi kepada kesemua kakitangan universiti ini.

Lebih menarik, setiap kakitangan yang hadir semasa program pada hari ini turut dihadiakan sekuntum mawar merah sebagai tanda simbolik sambutan Hari Wanita Sedunia di UNISEL.

Hadir sama memeriahkan majlis adalah Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri), Prof. Dr. Mohd Nor Nawawi, Timbalan Naib Canselor (Pentadbiran, Perancangan dan Jaringan Global), Ahli Majlis Tertinggi MAWAR-UNISEL serta kakitangan pentadbiran dan akademik UNISEL.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *