UNISEL, UNIVERSITI MESRA OKU

UNISEL, UNIVERSITI MESRA OKU

Berikutan hari pendaftaran Pelajar Baharu Prasiswazah dan Pascasiswazah yang berlangsung di Kampus Bestari Jaya, Universiti Selangor (UNISEL) hari ini dibanjiri dengan kehadiran pelajar baharu dari seluruh Malaysia. Tidak ketinggalan, kehadiran pelajar kelainan upaya turut mencuri tumpuan mereka yang hadir pada hari pendaftaran ini.

Abdul Matin merupakan salah seorang pelajar kelainan upaya yang hadir pada hari ini. Bekas penuntut Smart Tahfiz UNISEL itu mendaftarkan diri bagi mengikuti kursus Perakaunan di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan.

Menurut ibu Matin, Puan Siti Norasma Yahya, beliau amat berpuas dengan segala fasiliti serta kemudahan yang disediakan oleh pihak UNISEL yang amat mesra OKU. Melihat kepada segala kemudahan yang ada, beliau yakin untuk terus menempatkan anaknya di UNISEL.

“Matin sebelum ini sudah menuntut di UNISEL sejak mengikuti program Smart Tahfiz. Apabila saya melihat dia selesa dengan persekitaran UNISEL semasa menuntut di Smart Tahfiz, menjadikan saya terus yakin untuk membenarkan Matin melanjutkan pengajian di UNISEL”, ujar beliau.

Selain itu, pendaftaran pada hari ini turut dihadiri oleh pasangan kembar seiras, Nurul Sahira Sulaiman dan Nurul Sahida Sulaiman. Dua pelajar dari Meru ini tidak menyangka kedatangan mereka pada Hari Terbuka UNISEL pada Mac lalu telah membuka satu ruang baharu dalam hidup mereka yang akhirnya memilih untuk melanjutkan pengajian di sini.

“UNISEL telah menjadi pilihan kami kerana suasana kampus ini amat tenang. Ini memberi kami peluang untuk lebih fokus kepada pengajian. Tambahan lagi, UNISEL juga menawarkan yuran yang amat berpatutan dan ini secara tidak langsung telah mengurangkan beban ibu dan ayah untuk menanggung pengajian kami dua beradik”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *