UNISEL Terima Sumbangan RM20 Ribu Bagi Projek Penghijauan Kampus

UNISEL Terima Sumbangan RM20 Ribu Bagi Projek Penghijauan Kampus

Universiti Selangor (UNISEL) menerima cek sumbangan bagi Projek Penghijauan Kampus oleh YB Tuan Hee Loy Sian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) Dan Hal Ehwal Pengguna Selangor.

Cek berjumlah RM20,000 itu diserahkan oleh YB Tuan Hee Loy Sian kepada Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL pada satu majlis Penyerahan Cek Sumbangan Projek Penghijauan yang berlangsung di Perkarangan Bangunan Canseleri Kampus Bestari Jaya.

Projek penghijauan kampus ini merupakan inisiatif UNISEL untuk menjadikan universiti ini sebagai sebuah kampus hijau.

“UNISEL giat melaksanakan transformasi infrastruktur dan akademik. Meskipun tumpuan utama UNISEL terarah kepada dua agenda penting ini namun penjagaan alam sekitar turut diberikan penekanan dalam usaha menghijaukan kampus,” ujar Presiden dan Naib Canselor.

Dalam pada itu, gimik penanaman pokok dari spesis Chinese Loropetalum turut diadakan sebagai simbolik kepada Projek Penghijauan kampus yang disempurnakan oleh YB Hee Loy Sian.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *