UNISEL Lahirkan Generasi Rabbani Menerusi Program Smart Tahfiz

UNISEL Lahirkan Generasi Rabbani Menerusi Program Smart Tahfiz

“Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang menerajui transformasi pendidikan, Universiti Selangor (UNISEL) akan terus melangkah ke hadapan dalam melahirkan generasi rabbani menerusi program Smart Tahfiz kelolaan Masjid UNISEL. Saya amat berharap agar program Smart Tahfiz ini akan memberi satu inovasi yang bakal memberi lonjakan yang baik buat UNISEL” ujar Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor semasa Majlis Memorandum Persefahaman di antara UNISEL dan Smart Tahfiz Masjid UNISEL.

Majlis yang diadakan di Bilik Mesyuarat Senat, UNISEL kampus Shah Alam itu menyaksikan Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman menandatangani perjanjian bagi pihak UNISEL disaksikan oleh Tn. Hj. Shamsul Azhar Mohd Yusof, Pendaftar manakala Prof. Dr. Mohd Nor Nawawi bagi pihak Smart Tahfiz Masjid UNISEL disaksikan oleh En Ab. Razak Aripin, Setiausaha Lembaga Pengelola Smart Tahfiz Masjid UNISEL. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pengurusan tertinggi UNISEL serta ahli Lembaga Pengelola Smart Tahfiz Masjid UNISEL.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *