Malam Apresiasi, Rai Kakitangan UNISEL

Malam Apresiasi, Rai Kakitangan UNISEL

Seramai 770 orang kakitangan Universiti Selangor (UNISEL) semalam hadir ke Malam Apresiasi Warga UNISEL 2018. Bertemakan “Glamorous Red Carpet”, majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada seluruh warga universiti yang berjaya merealisasikan hasrat Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam menerajui transformasi pendidikan di UNISEL.

Lebih manis, majlis ini juga diadakan bagi meraikan kejayaan UNISEL memperoleh dua pensijilan ISO bagi sistem pengurusan oleh SIRIM iaitu ISO 9001:2015 dan ISO 21001:2018. Apa yang lebih membanggakan lagi, UNISEL merupakan universiti pertama yang memperoleh pensijilan ‘Educational Organisation Management System (EOMS).

Hadir memeriahkan majlis adalah YB Puan Rozana Zainal Abidin, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang dan YB Puan Juwairiya Zulkifli, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati. Turut hadir adalah Hjh Adibah Ahmad, Mantan Timbalan Dipertua MAWAR-UNISEL.

Dalam pada itu, Presiden dan Naib Canselor menyampaikan sijil penghargaan kepada juruaudit dalaman ISO serta beberapa penganugerahan lain turut diberikan kepada kakitangan yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang berkhidmat di UNISEL antaranya Anugerah Staf Sokongan Gred 27 (Lelaki & Perempuan), Anugerah Staf Pentadbiran Gred 32 Ke Atas (Lelaki & Perempuan), Staf Akademik (Lelaki & Perempuan), Anugerah Khas Staf Cakna Siswa dan Anugerah Setia Impian.

Berikut merupakan anugerah yang dipertandingkan beserta nama-nama pemenang bagi setiap anugerah:

Staf Sokongan Gred 27 Ke Bawah
1. Anuwar Zamani Samad (Lelaki)
2. Syahidayani Ashaari (Wanita)

Staf Pentadbiran Gred 32 Ke Atas
1. Raj Mohamad Abdul Latiff (Lelaki)
2. Qiesty Zarina Ghazali (Perempuan)

Staf Akademik
1. Dr.Hazeeq Hazwan Azman
2. Nur Farhana Abd Wahid

Anugerah Staf Cakna Siswa
1. Prof. Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh
2. Datin Dr. Hajah Asmah Ahmad
3. Saiman Haji Kamin
4. Razali Mansor
5. Muhammad Firdaus Abdul Hamid
6. Nur Farhana Abd Wahid

Anugerah Setia Impian
1. Mas Anira Tasmin
2. Fazliza Samsudin
3. Muhammad Saad Shamsudin
4. Muhammad Wazir Muslat
5. Harizal Hamid
6. Faizah Amran
7. Dr. Mohd Zubairy Shamsudin
8. Fadia Razali
9. Masziana Sukur

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *