DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR BERSAHUR BERSAMA WARGA UNISEL

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR BERSAHUR BERSAMA WARGA UNISEL

YAB Tuan Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor buat julung kalinya menyertai sahur bersama warga Universiti Selangor (UNISEL). Kehadiran beliau itu merupakan rentetan program Iftar Jamaie Perdana UNISEL yang berlangsung di Masjid UNISEL kampus Bestari Jaya.

Beliau pada sebelum itu menyertai qiamullail bersama kakitangan dan pelajar UNISEL ditemani oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor. Hadir sama menyertai program sahur tersebut adalah YB Puan Rozana Zainal Abidin, Ahli Dewan Negeri Permatang.

Program diteruskan dengan solat subuh berjemaah dan kuliah subuh yang disampaikan sendiri oleh YAB Tuan Amirudin Shari. Dalam pada itu beliau juga turut menyampaikan sumbangan kepada kakitangan asnaf UNISEL.

Dalam pada itu, Dato’ Menteri Besar Selangor juga turut melawat beberapa kawasan di sekitar UNISEL Bestari Jaya yang telah ditambah baik menerusi projek transformasi antaranya Pusat Sukan dan Smart Tahfiz UNISEL.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *