YB Elizabeth Wong Umum Peruntukan RM20 ribu untuk UNISEL

YB Elizabeth Wong Umum Peruntukan RM20 ribu untuk UNISEL

Sempena Hari Terbuka Mega Universiti Selangor (UNISEL) 2017 yang sedang berlangsung di UNISEL kampus Bestari Jaya, YB Elizabeth Wong Keat Ping, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna hari ini telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi projek penanaman pokok di sekitar kampus UNISEL.

YB Elizabeth Wong mengumumkan berita gembira itu semasa Program Menanam Pokok yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat. Sebanyak tiga jenis anak pokok telah ditanam antaranya Kelumpang Burung (Sterculia Parvifolia), Salam (Syzgium Polyanthum) dan Bungor (lagerstroemia speciosa).

UNISEL dalam pada itu menganjurkan program Hari Terbuka Mega UNISEL 2017 selama tiga hari bermula 1 sehingga 3 Disember 2017. Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung yang hadir antaranya pameran, aktiviti fakulti, gerai jualan dan pelbagai aktiviti pentas seperti bicara ilmu, program santai dan konsert.