YAD Dato’ Setia Dr. Haji Anuar Masduki Dilantik Sebagai Pro-Canselor UNISEL

YAD Dato’ Setia Dr. Haji Anuar Masduki Dilantik Sebagai Pro-Canselor UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Semula Y.A.D Dato’ Setia Dr. Haji Anuar Masduki sebagai Pro-Canselor UNISEL bermula 1 Ogos 2018 sehingga 31 Julai 2021.

Beliau telah dilantik sebagai Pro-Canselor UNISEL pada 1 Ogos 2009 dan disambung semula pelantikan sebagai Pro-Canselor selama tiga penggal berturut-turut iaitu pada 1 Ogos 2012 sehingga 31 Julai 2015 (3 tahun) dan 1 Ogos 2015 sehingga 31 Julai 2018 (3 tahun).

Oleh yang demikian, pelantikan pada hari ini merupakan penggal keempat beliau di UNISEL. Pelantikan tersebut disempurnakan oleh Y.A.D Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj dan disaksikan oleh Y.A.B Tuan Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Pendidikan Industri YS (PIYSB).

Turut hadir adalah Y.A.D Tan Sri Dato’ Sri Dato’ Setia Ismail Adam, Pro-Canselor UNISEL, YB Dr. Hasan Baharom, Ahli Lembaga Pengarah PIYSB, pengurusan tertinggi UNISEL serta pegawai-pegawai kanan universiti.

Dalam pada itu, majlis turut disusuli dengan upacara penyerahan cek bagi Projek Penghijauan UNISEL dan simbolik penanaman pokok oleh Canselor dan Dato’ Menteri Besar Selangor.

UNISEL pada hari ini turut menerima sumbangan daripada Kumpulan Semesta sebanyak RM5000, CIMB Bank sebanyak RM3000, Bank Islam sebanyak RM2000 dan Maybank sebanyak RM500 bagi tujuan penanaman pokok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *