WATIKAH PELANTIKAN DAN PENGHARGAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UNISEL SESI 2019/2020 & 2018/2019

WATIKAH PELANTIKAN DAN PENGHARGAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UNISEL SESI 2019/2020 & 2018/2019

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2019/2020 yang berlangsung dengan jayanya di Dewan Senat, UNISEL Bestari Jaya.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapannya berkata, beliau berharap agar para MPP yang dilantik dapat menggunakan peluang ini sebagai platform untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan bergerak lebih maju ke hadapan.

“Jadikanlah senario atau suasana sepanjang memimpin ini sebagai satu cabaran agar anda semua siap menjadi pemimpin yang berjaya dan berkaliber pada masa akan datang,” ujar beliau.

“Besar harapan saya agar barisan MPP UNISEL yang baharu dapat menggalas cabaran ini dengan penuh semangat dan memainkan peranan yang penting dalam menyantuni kesemua pelajar menerusi minat yang kepelbagaian,” ujar beliau lagi.

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan MPP UNISEL sesi 2018/2019 atas sumbangan dan perkhidmatan yang telah diberikan.

Di akhir program, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman menyampaikan penyerahan Watikah Pelantikan Kepada MPP UNISEL Sesi 2019/2020. Lafaz bacaan ikrar turut berlangsung diketuai oleh saudara Muhammad Faqih Bin Damarulan, Presiden MPP sesi 2019/2020.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *