Waqaf Pembuka Rezeki

Waqaf Pembuka Rezeki

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian dari apa yang kamu cintai.”
(Surah Ali Imran, Ayat 92)

Berikut merupakan intipati ceramah bertajuk Waqaf : Potensi Dalam Pembangunan Sosio-Ekonomi Ummah yang telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Zaki Abdul Latif, Pengarah Pusat Islam Universiti Selangor (UNISEL). Beliau turut memberikan penerangan mengenai pembangunan waqaf semakin mendapat perhatian masyarakat di Malaysia.

“Waqaf merupakan satu bentuk dedikasi harta, sama ada secara terang (sahih) atau sindiran (kinayah) di mana harta berkenaan ditahan dan hanya manfaatnya sahaja yang diaplikasikan kepada tujuan-tujuan kebajikan sama ada berbentuk umum mahupun khusus,” ucap beliau.

“Kelebihan waqaf antaranya dapat mendekatkan diri dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Empunya harta dapat kebaikan walaupun sudah meninggal dunia malah dapat manfaat daripada harta yang diwaqafkan,” ucap beliau lagi.

Ceramah tersebut disampaikan sempena program Ceramah Bulanan yang diadakan setiap bulan dengan tujuan untuk menerapkan nilai-nilai ilmu dan merapatkan ukhuwah dalam kalangan staf UNISEL. Beliau juga menyeru kepada kesemua staf untuk menjadi penyumbang waqaf kepada projek terkini UNISEL iaitu Wakaf Taman Bestari Jaya di Kampus Bestari Jaya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *