Wanita Tonggak Utama Institusi Kekeluargaan

Wanita Tonggak Utama Institusi Kekeluargaan

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial hari ini mengadakan Persidangan Kebangsaan Wanita dan Keluarga 2018 bertempat di Auditorium Za’Ba, UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Puan Rozana Zainal Abidin, Ahli Dewan Negeri Permatang. Menerusi ucapan perasmiannya, beliau yakin bahawa penganjuran persidangan kali adalah amat tepat. Ini kerana selain daripada kestabilan politik dan ekonomi, agenda masyarakat dan sosial juga merupakan tunjang utama kejayaan sesebuah negara.

“Persidangan kali ini amat tepat kerana kita tidak boleh lari dari membincangkan hal berkenaan keluarga. Ini kerana, keluarga dan wanita adalah toggak kepada kejayaan masyarakat. Agenda wanita dan keluarga sangat penting jika ingin lihat negara terus maju”, ujar beliau.

Tambah beliau lagi, program persidangan wanita adalah penting sekiranya masyarakat mahu melihat sebuah institusi keluarga yang cemerlang. Hal ini kerana wanita merupakan unit penting dan sumber kekuatan dalam masyarakat. Justeru itu, beliau berharap agar para wanita dapat tampil lebih berani dan berkeyakinan.

Dalam pada itu, beliau menyeru 
kepada semua wanita di luar sana agar bersama-sama menyedari peranan dan fungsi wanita seterusnya meningkatkan kualiti ilmu dan jati diri kerjaya. Selain itu, beliau juga mahu wanita memaikan peranan yang lebih penting untuk membantu membagunkan institusi kekeluargaan dengan lebih sempurna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *