VEX 2018 Pamer Kreativiti 91 Mahasiswa UNISEL

VEX 2018 Pamer Kreativiti 91 Mahasiswa UNISEL

Jabatan Seni Visual, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran Universiti Selangor (UNISEL) semalam menganjurkan Program Visual Art Exhibition 2018 (VEX 2018). Program yang berlangsung di Lobi Jabatan Seni Visual itu dirasmikan oleh YB Dato’ Abdul Rashid Asari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor.

Seramai 91 orang mahasiswa terlibat pada VEX 2018 melibatkan pelajar tahun akhir bagi program Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik Digital, Diploma Seni Reka Grafik dan Diploma Teknologi Fotografi Kreatif.

VEX 2018 memberi peluang kepada para pelajar untuk mengekpresi hasil karya mereka melalui proses pembelajaran selama tiga tahun di UNISEL. Dalam pada itu, pameran ini akan dibuka kepada orang awam bermula 15 hingga 18 Januari 2019.

Turut hadir adalah Prof Dr Mohd Nor Nawawi, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor (Pentadbiran, Perancangan dan Jaringan Global UNISEL), Prof Madya Dr Haslinda Sutan Ahmad Nawi, Dekan Fakulti Komunikasi Seni Visual & Pengkomputeran, Adly Shairy Ramly Head Thinker, Thinker Studio dan Goh Aun Hoe, Ketua Pegawai Eksekutif Silver Ant Sdn Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *