VEX 17 Hiasi Pembukaan Bangunan Baharu VAD

VEX 17 Hiasi Pembukaan Bangunan Baharu VAD

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), hari ini hadir ke Bestari Jaya bagi merasmikan Pameran Seni Visual 2017 (VEX 17) yang menampilkan hasil karya lebih 80 orang pelajar daripada Jabatan Seni Visual (VAD).

Hasil karya tersebut akan dipentaskan selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Januari 2018 di bangunan baharu VAD bertempat di UNISEL Kampus Bestari Jaya. Sama seperti semester sebelumnya, hasil karya para pelajar yang dipamerkan termasuklah pengiklanan, penjenamaan semula, animasi 2D dan 3D, rekabentuk web dan identiti korporat.

Para pelajar dan pensyarah dalam pada itu digalakkan untuk menghasilkan lebih banyak karya seni dalam usaha melahirkan para karyawan yang kreatif disamping memperkenalkan seni sebagai salah satu alat berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *