VAD, Dewan Senat Diserahkan Secara Rasmi

VAD, Dewan Senat Diserahkan Secara Rasmi

BESTARI JAYA – Atas usaha tranformasi yang telah diperkasakan oleh YBhg Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor selama ini, Kampus Bestari Jaya semakin berwajah baharu.

Satu demi satu pembaharuan yang telah dibawakan beliau semenjak diangkat menjadi Peneraju di Universiti Selangor (UNISEL) dapat kita saksikan. Doakan agar setiap fasa projek tranformasi berjalan dengan lancar.

Maka itu, pada hari ini telah berlangsung majlis penyerahan tapak bagi projek tranformasi yang telah berjaya disiapkan iaitu, Bangunan Seni Visual (VAD) serta Dewan Senat di Kampus Bestari Jaya.

Diharap penyerahan secara rasmi ini akan dapat memberikan keselesaan buat semua kerana setiap perincian projek tranformasi adalah demi memastikan UNISEL kembali berdaya saing dari sudut Infrastruktur.

Akhir kalam, ucapan terima kasih kepada Presiden & Naib Canselor serta Pengurusan Tertinggi Universiti yang kita semua sedia maklum berkerja kuat bagi memastikan ‘tagline’ Peneraju Tranformasi’ benar-benar satu realiti.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *