UNISEL Terima Sumbangan Projek Penghijauan Kampus

UNISEL Terima Sumbangan Projek Penghijauan Kampus

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah menerima sumbangan bagi Projek Penghijauan Kampus. Majlis penyerahan cek tersebut berlangsung dengan jayanya di perkarangan Bangunan Canseleri, UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Sumbangan tersebut adalah daripada Kumpulan Semesta sebanyak RM5000, CIMB Bank sebanyak RM3000, Bank Islam sebanyak RM2000 dan Maybank sebanyak RM500. Keseluruhan sumbangan ini adalah bagi memastikan Projek Penghijauan Kampus UNISEL dapat berjalan dengan lancarnya.

Projek Penghijauan Kampus Bestari Jaya ini merupakan salah satu inisiatif pihak universiti untuk mengindahkan lagi landskap kampus disamping menjadikan persekitaran kampus agar lebih indah dan ceria .

Adalah menjadi hasat pihak universiti untuk menjadikan UNISEL sebagai “kampus hijau dengan kemekaran ilmu”. Program ini juga merupakan susulan daripada Program Gotong-Royong Perdana yang telah diadakan pada 13 Mei 2018 yang lepas.

Dalam pada itu, simbolik penanaman pokok juga turut berlangsung dimana pokok dari spesis Chinese Yellow Flower dan Neuropodium menjadi tanaman pilihan semasa gimik perasmian penanaman pokok yang telah disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tuan Amirudin Shari dan Canselor, Y.A.D Raja Tan Sri Dato’ Sri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *