UNISEL Terima Lawatan Daripada KUIM

UNISEL Terima Lawatan Daripada KUIM

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kunjungan delegasi Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang diketuai oleh Prof. Dr. Haji Md. Radzai bin Said, Naib Canselor KUIM.

Delegasi tersebut disambut oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam satu majlis yang berlangsung di UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Majlis kunjungan tersebut dimulai dengan taklimat oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL di Bilik Mesyuarat, Bangunan Canseleri diikuti dengan lawatan ke sekitar kampus Bestari Jaya.

Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Prof. Madya Ts. Dr. Asnul Dahar Minghat, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi KUIM, Tuan Haji Zamzuri Abd. Majid, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Korporat KUIM, Puan Siti Hajar Abu Kassim, Pendaftar KUIM, Cik Norashikin Abd Rahim, Bendahari KUIM serta pengurusan tertinggi kedua-dua buah institusi tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *