UNISEL Rangkul Anugerah Sempena National STEM Award 2018

UNISEL Rangkul Anugerah Sempena National STEM Award 2018

Universiti Selangor (UNISEL) telah memenangi anugerah National STEM Award 2018 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Acara tahunan yang berlangsung kali ke-17 itu menyaksikan pasukan yang diketuai oleh Dr. Hazeeq Hazwan Azman berjaya merangkul “Special Award” menerusi projek “UNISEL Fun with STEM”.

Projek ini merupakan kerjasama di antara Institut Bio-IT, Jabatan Sains dan Bioteknologi di bawah Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat serta Pusat Asasi dan Pengajian Umum. Program yang dianjurkan oleh Malaysia Technology Expo (MTE) itu merupakan acara yang memperlihatkan kelahiran idea-idea baharu melalui Inovasi Sains dan Teknologi oleh Universiti, Institut Penyelidikan, Sekolah Teknik dan Vokasional, Sekolah Menengah serta organisasi Swasta.

Kemenangan ini merupakan satu permulaan yang baik buat pelajar dan pensyarah untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr Hazeeq Hazwan dan pasukan atas kejayaan merangkul anugerah tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *