UNISEL QURAN HOUR, IMARAHKAN LAGI BULAN RAMADAN

UNISEL QURAN HOUR, IMARAHKAN LAGI BULAN RAMADAN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pusat Islam UNISEL pada hari ini menganjurkan program ‘Quran Hour’ yang merupakan acara tahunan bagi mengimarahkan lagi kemuliaan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Bertempat di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya, seramai 200 orang kakitangan dan pelajar berinteraksi dan membaca Al-Quran melalui tadabbur dan tazakkur selama satu jam yang dimulai oleh Prof. Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti).

Beliau dalam ucapannya turut berkongsi nasihat agar setiap staf dan pelajar bersama-sama memperbanyakkan amalan di bulan Ramadan ini.

Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga UNISEL dan berharap agar semua dapat pulang ke kampung dengan selamat bagi merayakan Aidilfitri nanti.

Program berakhir dengan solat Zohor berjemaah dan tazkirah yang disampaikan oleh imam Masjid UNISEL.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *