UNISEL Perkenal Program Asasi – Trek Huffaz & UNISEL CAKNA OKU Pada Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu 2019

UNISEL Perkenal Program Asasi – Trek Huffaz & UNISEL CAKNA OKU Pada Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu 2019

Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu Univerisiti Selangor (UNISEL) bagi kemasukan April 2019 memperkenalkan beberapa inisiatif baharu dalam usaha menjadikan UNISEL sebagai universiti peneraju dalam bidang pendidikan di Malaysia.

Antara pendekatan terbaharu kali ini adalah UNISEL Cakna OKU yang dilaksanakan menerusi Unit Kaunseling dan Latihan dibawah Hal Ehwal Pelajar bagi memberi kemudahan dan perhatian khusus buat pelajar terutamanya yang berada dalam kategori kurang upaya.

Bagi Muhamad Facsha Fahmi Muhamad Zaki, beliau amat berpuas hati sepanjang proses pendaftaran di UNISEL. Beliau yang mengalami cacat kekal akibat kemalangan jalan raya itu berterima kasih kepada pihak urusetia yang banyak membantu memudahkan proses pendaftaran beliau.

“Terima kasih kepada pihak urusetia kerana menyediakan kaunter pendaftaran untuk golongan kurang upaya dan membantu mempermudahkan urusan saya sepanjang pendaftaran pada hari ini,” ujar beliau.

Selain membantu dari segi kemudahan, inisiatif ini juga akan memberi penekanan dari aspek latihan intervensi, motivasi kepada pelajar selain menyediakan fasiliti yang bersesuaian kepada pelajar daripada golongan kurang upaya.

Pada sesi pendaftaran kali ini juga memperkenalkan program baharu iaitu program Tahun Asas Trek Huffaz. Program ini diperkenalkan bagi memberi peluang kepada pelajar yang pernah mengikuti aliran tahfiz untuk melanjutkan pengajian di peringkat Tahun Asas.

Menurut Nor Ashikin Shafie, beliau mendapat maklumat berkenaan program ini setelah mengikuti jelajah pendidikan baru-baru ini dan seterusnya memutuskan untuk mengikuti pengajian Program Asasi-Trek Huffaz.

Selain mendapat sokongan penuh keluarganya, suasana UNISEL yang indah dan ceria juga menjadi sebab utama beliau memilih untuk melanjutkan pengajian di UNISEL.

Bagi Nur Afiqah Nazurah Abdullah pula, beliau tertarik untuk mengikuti pengajian Program Asasi-Trek Huffaz kerana dapat membantu dirinya konsisten dalam kedua-dua bidang iaitu akademik dan hafazan Al-Quran.

Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu Universiti Selangor (UNISEL) bagi kemasukan April 2019 di Dewan Canselor UNISEL Kampus Bestari Jaya berjalan dengan lancarnya hari ini. Kaunter pendaftaran yang mula dibuka pada jam 9 pagi itu dipenuhi dengan pelajar dan ibu bapa yang rata-ratanya datang dari seluruh Malaysia.

Justeru itu, buat para pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, tarikh pendaftaran pelajar baharu pengambilan April 2019 akan dilanjutkan bermula hari ini sehingga 19 April 2019. Pelajar yang berminat boleh datang secara terus ke kampus pengajian Shah Alam / Bestari Jaya. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pejabat Pemasaran & Kamasukan di talian 03-55223400 / 012-3401740 / 011-33907681

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *