UNISEL Ke Arah Pensijilan MS ISO 9001:2015 

UNISEL Ke Arah Pensijilan MS ISO 9001:2015 

Penampilan dan keberkesanan dalam kerja antara elemen yang amat penting bagi membentuk satu pasukan yang mantap. Oleh yang demikian, pihak Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pejabat Tadbir Urus Korporat dan Jaminan Kualiti telah mengambil inisiatif untuk menjalankan satu program iaitu Kempen Penampilan Korporat dan Perkhidmatan Mesra Pelanggan.

Kempen ini dijalankan bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan disamping transformasi pejabat agar keliahatan lebih menarik dan mesra pelanggan. Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, beliau amat menekankan aspek kekemasan dalam menjalankan kerja agar kesemua kakitangan UNISEL mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

“Syukur alhamdulillah kerana kita sudah melepasi fasa persediaan ke arah ISO dan mulai hari ini kita akan mula melaksanakan sepenuhnya semua prosedur dalam mencapai objektif kualiti yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua kakitangan yang telah bertungkus-lumus dalam persediaan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah, Unit Pengurusan Kualiti, Dr Irny Suzila Binti Ishak,” ujar beliau lagi.

Beliau berucap sempena Majlis Pelancaran Pelaksanaan MS ISO 9001:2015 serta Kempen Penampilan Korporat & Perkhidmatan Mesra Pelanggan yang telah berlangsung pada 16 Mac 2018 lepas bersempena Hari Terbuka UNISEL 2018. Dalam majlis tersebut juga, beliau telah menyampaikan sijil penyertaan kepada kakitangan yang telah terlibat sepanjang bengkel latihan ke arah pensijilan MS ISO 9001:2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *