UNISEL Anjur 1st International Symposium TS25 Pulau Indah – UNISEL

UNISEL Anjur 1st International Symposium TS25 Pulau Indah – UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) baru-baru ini mengadakan “1st International Symposium TS25 Pulau Indah – UNISEL” bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah. Bertemakan Transformasi Dalam Pendidikan, seramai 200 orang peserta mengambil bahagian dalam simposium tersebut yang rata-ratanya merupakan guru sekolah serta warga pendidik sekitar negeri Selangor.

Simposium tersebut membincangkan perihal beberapa aspek penting dalam tranformasi pendidikan masa kini antaranya amalan baik dalam bilik darjah, inovasi dalam pengajaran, transformasi sekolah serta amalan pedagogi.

Antara penceramah yang hadir semasa simposium adalah Dr. Keith Thomas, Brian Ambrosio, Mohammad Faizal Arshad dan Haji Mohamed Rizal Muhd Tayab.

Program dirasmikan oleh Encik Muhamad Radzi Abdullah, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Hadir sama adalah Prof. Madya Dr. Gunasegaran Karuppannan, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah UNISEL dan Encik Mohd Azuan Mohd Nawawi, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *