UNISEL Ambil Bahagian Program World #Quranhour

UNISEL Ambil Bahagian Program World #Quranhour

Universiti Selangor (UNISEL) pada tahun ini sekali lagi mengambil bahagian dalam program World #QuranHour yang berlangsung serentak di seluruh dunia semalam.

Bertempat di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya, seramai 200 orang kakitangan dan pelajar bergabung selama sejam untuk membaca dan berinteraksi dengan al-Quran melalui tadabbur dan tazakkur yang telah disempurnakan oleh peserta Program Tadarus al-Quran Jamaie.

Selain memberi kesedaran kepada orang ramai dalam memahami dan menghayati al-Quran, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dalam kalangan kakitangan universiti.

Program yang diasaskan oleh Dato’ (Dr.) Hussamuddin Yaacob, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf itu menghimpunkan umat Islam sedunia membaca al-Quran secara serentak selama satu jam pada 7 Jun bersamaan 22 Ramadan 1439 Hijrah, bermula pukul 12 tengah hari.

Menerusi majlis yang sama, juga diselitkan dengan penyampaian bantuan kepada pelajar-pelajar yang terdiri daripada golongan asnaf yang telah disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *