UNISEL Accounting Week Dedah Dunia Luar Kepada Pelajar

UNISEL Accounting Week Dedah Dunia Luar Kepada Pelajar

Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FBA) kini sedang menganjurkan UNISEL Accounting Week (UAW) bertempat di Dewan Pro Canselor UNISEL Kampus Shah Alam. Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Mokhtar Abdullah, Dekan FBA dan berlangsung selama enam hari bermula 16 sehingga 21 April 2018.

Antara intipati program sepanjang UAW adalah seminar perakaunan bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kerjaya sebagai akauntan yang telah disampaikan oleh En Mohd Zawawi Mohd Muhiddin dari Institut Perakaunan Negara dan Pn. Faridah Md Noor dari Jabatan Akauntan Negeri Selangor

Aktiviti lain yang turut berlangsung adalah program senamrobik, forum dan bicara kerjaya. Objektif program adalah untuk meningkatkan keyakinan para pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik malah sebagai persediaan untuk menghadapi dunia kerjaya kelak.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *