Ucapan Bulanan Naib Canselor Sarat Saranan Transformasi

Ucapan Bulanan Naib Canselor Sarat Saranan Transformasi

Majlis Perhimpunan Bulanan Oktober 2018 berlangsung dengan jayanya di Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya hari ini. Majlis tersebut dihadiri oleh kakitangan akademik dan pentadbiran dari kedua-dua buah kampus.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam ucapannya berkata, beliau menegaskan agar setiap kakitangan menampilkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam usaha untuk menjadikan UNISEL sebagai salah sebuah institusi terbaik di negeri Selangor.

Pada kesempatan itu, beliau turut menyampaikan ucapan tahniahnya kepada Y.A.D Dato’ Setia Dr. Haji Anuar Masduki yang dilantik sebagai Pro-Canselor UNISEL bermula 1 Ogos 2018 sehingga 31 Julai 2021.

Seterusnya, beliau menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Kaunter Terbaik UNISEL 2018. Bagi kategori Kampus Shah Alam dimenangi oleh Pejabat Bendahari manakala bagi kategori Kampus Bestari Jaya dimenangi oleh Pejabat Pemasaran dan Kemasukan.

Turut berlangsung adalah majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Amanah UNISEL. Seramai 70 orang pelajar dari kedua-dua buah kampus menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai.

Menurut Pn. Hjh. Rokma, Pengarah Tabung Amanah UNISEL, kesemua pelajar yang terpilih akan menerima sumbangan setiap bulan dalam satu semseter pengajian (4 bulan) sahaja.

Dalam majlis yang sama, Prof. Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman mengalungkan pingat kepada atlet-atlet yang berjaya mengharumkan nama UNISEL di Kejohanan Masiswa Staf.

UNISEL meraih dua pingat gangsa menerusi acara bola tampar kategori lelaki dan bola jaring pada kejohanan yang telah berlangsung di Kuantan, Pahang pada 15 sehingga 20 Ogos 2018 lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *