Transformasi UNISEL Demi Kecemerlangan Pelajar

Transformasi UNISEL Demi Kecemerlangan Pelajar

 

 

Seiring dengan cogan kata ‘Peneraju Transformasi’ Universiti Selangor (UNISEL) kini berwajah baru dengan kepimpinan baharu. Hal ini turut diakui oleh para pelajar yang berpendapat bahawa perubahan UNISEL pada hari ini dapat dilihat dari pelbagai aspek.

Menurut Muhd Haiqal Azim, pelajar dari Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, transformasi UNISEL jelas dapat dilihat apabila sistem kemudahan fasiliti yang semakin baik dan juga pengurusan yang semakin cekap. Khabar angin yang negatif tentang UNISEL adalah tidak tepat sama sekali apabila mengalami sendiri transformasi itu.

Kaucelia Chanderan pelajar diploma dari Fakulti Perniagaan dan Perakaunan pula berpendapat bahawa UNISEL kini hampir lengkap sempurna dengan pertambahan kelas dan pengubahsuaian bangunan yang banyak berlaku untuk keselesaan para pelajar. Tambahan pula, kakaknya juga merupakan pelajar UNISEL turut memberi pandangan positif terhadap UNISEL.

Maka dengan ini jelaslah UNISEL telah melalui satu transformasi yang berkesan dan tetap berusaha untuk setanding dengan IPT lain. Hal ini dapat dilihat apabila warga UNISEL begitu komited dalam meningkatkan prestasi kecemerlangan dan mengubah pandangan umum terhadap UNISEL.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *