Transformasi UNISEL Cetus Fenemona

Transformasi UNISEL Cetus Fenemona

Bersempena dengan hari pendaftaran pelajar Baharu Prasiswazah dan Pascasiswazah di Universiti Selangor (UNISEL) Sabtu lalu telah mencetuskan fenomena apabila merekodkan pendaftaran pelajar baharu teramai.

Nor Hasni Baharom dari Subang Jaya berkata, UNISEL menjadi pilihan sebagai tanda sokongan beliau sebagai rakyat Selangor untuk negeri kelahirannya. Tambah beliau lagi, selain jarak kampus yang berdekatan dengan tempat tinggal, segala kemudahan fasiliti dan pengurusan yang cekap di UNISEL juga turut menarik perhatiannya.

Seorang ibu dari Petaling Jaya, Mashrifah Abdul Rahim pula berpendapat tenaga pengajar di UNISEL yang mempunyai kelulusan tinggi memberi keyakinan kepada beliau untuk menempatkan anaknya di UNISEL. Hal ini berikutan UNISEL mempunyai tenaga pengajar yang berkelulusan peringkat PHD.

“Harapan saya sama seperti ibu bapa yang lain, ingin melihat anak saya cemerlang dalam pelajaran, semoga segala kemudahan yang sediakan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar untuk kecemerlangan bersama” katanya.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam ucapan aluannya turut merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang hadir mendaftar pada hari ini.

Bersempena dengan tagline “Peneraju Transformasi”, UNISEL pada hari ini menjadi pilihan ibu bapa dan pelajar kerana prasarananya baharunya yang amat sesuai untuk pembelajaran.

“UNISEL bukan sahaja menyediakan kemudahan dan fasiliti yang terbaik malah turut menyediakan ahli akademik yang terbaik. Kebanyakan pensyarah UNISEL merupakan lulusan di peringkat doktor falsafah dan bertaraf profesor”, ujar beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *