Toman Seberat 4.42 Kilogram Berjaya Ditewaskan

Toman Seberat 4.42 Kilogram Berjaya Ditewaskan

Pertandingan Memancing Toman Dan Pacu sempena hari pendaftaran pelajar mendapat sambutan meriah dari para peserta. Pertandingan yang berlangsung di Tasik Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammed Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor sekitar jam 8.30 pagi dan telah berakhir pada jam 1.20 tengah hari.

Tempat pertama pertandingan memihak kepada Mr. Parinya dengan ikan Toman seberat 4.42 Kilogram berjaya ditarik naik sekaligus membawa pulang wang tunai RM300. Tempat kedua dimenangi Che Affizul Che Amran dengan hadiah wang tunai RM200. Mohd Shamsudin Bin Ghazali pula menyandang tempat ketiga untuk memenangi wang tunai RM100.

Dalam pada itu, sempena pertandingan ini juga, kesemua peserta serta warga universiti juga telah berpeluang memenangi acara cabutan bertuah yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Shamsul Azhar Mohd Yusof, Pendaftar universiti. Pertandingan Memancing Toman dan Pacu ini sebenarnya merupakan acara Pra Pertandingan sempena Hari Terbuka UNISEL 4.0 yang akan bermula pada 16, 17 dan 18 Mac 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *