Tolak Queensland Untuk Ke UNISEL

Tolak Queensland Untuk Ke UNISEL

Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu Kemasukan September 2018 kini sedang berlangsung di Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan kehadiran para pelajar dari seluruh Malaysia.

Izzatul Amani Nawawi, salah seorang pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2017 hadir mendaftar di UNISEL bagi kursus Tahun Asas Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Menurut bapanya Nawawi Ismail, Izzatul sebelum ini mendapat tawaran pengajian di luar negara namun menolak tawaran berkenaan dan memilih UNISEL.

“UNISEL menjadi pilihan utama kerana kampus Bestari Jaya yang terletak di kawasan perkampungan menjadikan ia satu kawasan yang selamat dan tenang untuk anak saya fokus kepada pelajarannya,” ujar beliau.

Nawawi dalam pada itu mengesyorkan UNISEL kepada anaknya selepas tertarik melihat iklan kemasukan di akhbar. Tambah beliau lagi, dia yakin dengan kemampuan UNISEL untuk mencorak kecemerlangan anaknya kerana universiti ini memiliki ramai pensyarah bertaraf doktor falsafah (PHD).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *