Tiga Kakitangan UNISEL Terima Anugerah Khas Presiden Dan Naib Canselor

Tiga Kakitangan UNISEL Terima Anugerah Khas Presiden Dan Naib Canselor

Tindakan yang melambangkan komitmen serta kesungguhan untuk memberi perkhidmatan terbaik yang telah ditunjukkan oleh tiga orang kakitangan Universiti Selangor (UNISEL) melayakkan mereka untuk menerima Anugerah Khas Presiden dan Naib Canselor.

Ketiga-tiga kakitangan tersebut adalah En Abu Naaim Munir dari Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, D.Nor Mohd Azahari Mohd Amin dari Unit Pengurusan Infrastruktur dan Mohd Nor Sham Baharudin dari Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan. Anugerah telah disampaikan sendiri oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor sempena majlis Perhimpunan Bulanan April 2018.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, anugerah tersebut adalah penghargaan khas kepada kakitangan yang telah menunjukkan komitmen luar biasa mereka bukan sahaja kepada tugasan hakiki namun terhadap pembangunan dan kecemerlangan universiti.

Dalam ucapannya lagi, beliau turut mengucapkan tahniah kepada kontinjen SUKIPT, pasukan STEM serta pensyarah-pensyarah yang telah berjaya mengharumkan nama UNISEL di peringkat kebangsaan. Beliau juga berharap pelbagai kejayaan akan dicapai lagi sepanjang tahun ini.

Beliau juga menyeru agar kesemua kakitangan mengambil sikap proaktif dalam kesemua acara yang berlangsung di universiti termasuklah Program Gotong-royong pada 13 Mei 2018, Majlis Iftar Jamaie pada 18 Mei 2018 serta Hari Keluarga UNISEL pada 21-22 Julai 2018.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada kakitangan yang telah kehilangan ahli keluarga tersayang dan turut menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham En Sanilubis Ashab, pengawal keselamatan UNISEL yang telah kembali ke rahmatullah pada 21 Mac 2018 yang lepas.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *