Tidak Mudah Mengalah, Kunci Kejayaan Aisha Rangkul Anugerah Naib Canselor

Tidak Mudah Mengalah, Kunci Kejayaan Aisha Rangkul Anugerah Naib Canselor

Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-13 ini menyaksikan detik terindah buat Aisha Ahmed Mohamed Motawh, graduan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Korporat) yang berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor bagi tahun 2018.

Aisha menerima sijil penghargaan, piala iringan serta hadiah wang tunai berjumlah RM2500 sumbangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada sidang pertama istiadat tersebut yang telah berlangsung di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Dalam temubual bersama beliau, Aisha menjelaskan bahawa kegagalan yang pernah dialaminya sebelum ini adalah kunci utama yang mematangkan dirinnya seterusnya memberi satu titik motivasi agar berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Aisha dalam pada itu juga turut mengakui bahawa beliau bukanlah berada dalam kalangan pelajar yang pintar namun beliau tidak mudah mengalah untuk mencapai satu kejayaan yang diingininya.

“Fokus di dalam kelas adalah kunci utama yang mendorong ke arah kejayaan saya dalam bidang akademik. Saya juga ingin berpesan kepada rakan-rakan yang lain agar jangan mudah berputus asa. Kegagalan bukan sesuatu yang mematahkan semangat tetapi pendorong untuk lebih berjaya dalam hidup,” ujarnya.

Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, beliau kini sedang membina kerjaya sebagai Eksekutif Komunikasi Korporat di syarikat gergasi Malayska iaitu Petronas dan merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana kelak.

Selain Aisha, turut dinobatkan sebagai pelajar cemerlang UNISEL adalah Ng Zheng Jian yang merangkul Anugerah Canselor, Syafika Alyani Anua yang merangkul Anugerah Pengerusi manakala Nurul Aqilah Mahmud merangkul Anugerah Exco Pendidikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *