Syarahan Perdana Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan, 3 Aspek Ke Arah Malaysia Baharu

Syarahan Perdana Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan, 3 Aspek Ke Arah Malaysia Baharu

Sempena penganugerahan tokoh Ma’al Hijrah pada 10 September lalu, Institut Darul Ehsan (IDE) dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tv Alhijrah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) dan Kolej Dar al-Hikmah (KDH) mengadakan Majlis Syarahan Perdana Tokoh Ma’al Hijrah peringkat kebangsaan 1440 Hijrah/2018M bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Menampilkan Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, Profesor Adjung UNISEL sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini, acara dimulakan dengan ucapan dan perasmian yang disempurnakan oleh Dato’ Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan gimik pelancaran tabung bencana alam bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapan beliau berkata Prof. Dato’ Dr Siddiq Fadzil mula melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan dakwah semenjak pengajian beliau di universiti lagi. Beliau pernah menerajui Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di samping Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

“Prof. Dato’ Dr Siddiq Fadzil ialah fellow akademik dan ketua Panel Penulis Modul Pengurusan Tauhidik dan buku Pengurusan Islami: Menghayati Nilai-Nilai Qur’ami (YAPEIM). Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 1974 sehingga 2001 dan atas jasa beliau, beliau telah dianugerahkan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak” tambahnya.

Bertemakan Hijrah Ke Malaysia Baharu: Mencari Makna Di Balik Kata, Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil pada syarahan beliau berkata penganugerahan ini adalah terlalu besar dan satu penghormatan dalam menyampaikan perjuangan menghijrahkan Malaysia Baharu. Tambah beliau, Penciptaan Malaysia Baharu adalah hasil suatu perjuangan panjang dengan pengorbanan yang tidak terperi.

“Dalam membangun Malaysia baharu, transformasi kemanusiaan dan kebudayaan seharusnya menjadi agenda utama dengan objektif membina jiwa dan minda baru, membangun semula moraliti bangsa melalui penegakan politik dan juga penegakan ekonomi” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *