Syarahan Darul Ehsan 2018, Cetus Semangat Kepimpinan

Syarahan Darul Ehsan 2018, Cetus Semangat Kepimpinan

“Kepimpinan yang cemerlang dapat menghasilkan perkhidmatan yang mantap. Sebagai seorang pemimpin, kita perlulah bertanggungjawab dan berani mengambil risiko. Sekiranya berlaku kegagalan kepada sesebuah organisasi, pemimpin harus mengkaji permasalahan yang berlaku,” ujar Y.A.D Tan Sri Dato’ Sri Dato Setia Ismail Adam, Pro-Canselor Universiti Selangor (UNISEL).

Beliau berucap demikian semasa Majlis Syarahan Darul Ehsan 2018 yang berlangsung di Dewan Senat, UNISEL Kampus Bestari Jaya. Menerusi tajuk syarahan “Leadership-Delivering Excellence”, beliau turut berkongsi pengalaman serta petua-petua bagi meningkatkan keberkesanan dalam kepimpinan organisasi.

Majlis ini dihadiri oleh kakitangan akademik dan pentadbiran dari kedua-dua kampus dan dirasmikan oleh Prof. Dr Md Sidin Ahmad Ishak, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *