Siapa Pilihan Rakyat Malaysia PRU Ke-14?

Siapa Pilihan Rakyat Malaysia PRU Ke-14?

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Institut Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi (IESAD) bersama Institut Darul Ehsan (IDE) dan Akademi Pendidikan Demokrasi dan Kewarganegaraan (APDK) telah menganjurkan siri forum demokrasi bertempat di LT2, Aras 4 Bangunan Satelit UNISEL Kampus Shah Alam.

Forum bertajuk “Siapa Pilihan Rakyat Malaysia?” itu mendapat sambutan hangat bukan sahaja di dewan berlangsungnya program malah mendapat sambutan daripada mereka yang menonton secara langsung menerusi Facebook rasmi Universiti Selangor.

Panel pada program tersebut adalah Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL bersama Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, Pengerusi Kluster Pendidikan Politik dan Demokrasi, Dato’ Saifuddin Abdullah, Setiausaha Pakatan Harapan dan Nazri Kahar, Penyampai Astro Awani. Forum ini turut menampilkan Prof. Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Felo Penyelidik IESAD selaku moderator.

Intipati program meliputi perbentangan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman berkenaan kajian pilihanraya termasuklah kajian persempadanan semula kawasan. Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi IDE turut membentangkan kajian berkenaan peratus keluar mengundi dalam pilihanraya (PRU) sebelum ini serta kadar peratusan bakal keluar mengundi pada PRU ke 14 akan datang.

Memetik kenyataan Nazri Kahar, media sangat memberi pengaruh dalam mencipta pengundi berbanding dengan situasi pada pilihanraya sebelum ini. Program berakhir dengan sesi soal jawab bersama panel-panel jemputan. Untuk video penuh, anda boleh layari Facebook rasmi Universiti Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *