Seminar Nasional Maqasid Al-Shari’ah 2018 Angkat Tema Pilihan Raya

Seminar Nasional Maqasid Al-Shari’ah 2018 Angkat Tema Pilihan Raya

Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah hadir merasmikan Seminar Nasional Maqasid Al-Shari’ah 2018 yang berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandar Raya Petaling Jaya.

Dalam ucapan perasmian, beliau menyatakan tema yang dipilih iaitu pilihan raya kali ini adalah cukup penting dalam suasana rakyat seluruh negara bakal melaksanakan tugas mereka bagi memilih kepimpinan negara.

“Pilihan raya bukanlah semata-mata suatu proses memilih pemimpin tapi dalam konteks yang lebih luas adalah tanggungjawab yang diamanahkan dalam perlembagaan negara serta memahami proses pemilihan, cara memilih serta bagaimana untuk menghadapi suasana sebelum dan selepas pilihan raya,” ucap beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE).

Seminar kolaborasi di antara Kerajaan Negeri Selangor, UNISEL, IDE, MURSHID dan PENDIDIK ini diadakan bagi tujuan membina kefahaman tentang teori dan aplikasi Maqasid al-Shari’ah dalam fiqh pilihan raya dan aspek berkaitan dengan hal ehwal kenegaraan dan politik.

Antara tokoh ilmuwan yang hadir pada sesi pertama pembentangan adalah YB Senator Dr. Muhammad Nur Manuty, Ahli Dewan Negara dan Dr. Zaharudin Abdul Rahman, Presiden MURSHID manakala YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden KEADILAN dijangka hadir pada sesi petang bagi membentangkan Maqasid al-Shari’ah : Isu-isu Politik Terkini di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *