Sekumpulan Pensyarah UNISEL Rangkul Pingat Perak Di IRIISE 2018

Sekumpulan Pensyarah UNISEL Rangkul Pingat Perak Di IRIISE 2018

Hasil ciptaan sepasukan pensyarah Universiti Selangor (UNISEL) yang diketuai oleh Sarimah Mat Nawi telah berjaya merangkul pingat perak di acara International Research Innovation Invention Solution Exposition (IRIISE) 2018 yang bertempat di Universiti Malaya (UM)

Sarimah Mat Nawi serta Nurhafizah Ibrahim dan Nurkhairul Bariyah Baharun masing-masing dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat UNISEL bersama dua lagi pensyarah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah berjaya menghasilkan teh Mikania iaitu herba yang terhasil daripada daun Mikania Micrantha yang telah dikeringkan. Daun Mikania telah terbukti secara saintifik dapat membekalkan tenaga, baik untuk kesihatan dan memperkuatkan sistem ketahanan badan.

IRIISE 2018 berlangsung dari 14 Ogos 2018 sehingga 16 Ogos 2018 anjuran UM bertujuan untuk memupuk budaya inovasi dikalangan para pelajar dan penyelidik dan menggalakkan gabungan diantara akademik dan industri. Seluruh warga UNISEL mengucapkan tahniah dan syabas diatas kejayaan mengharumkan nama UNISEL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *