Sasar Hubungan Pendidikan Dua Hala Malaysia Dan Turki -Duta Turki

Sasar Hubungan Pendidikan Dua Hala Malaysia Dan Turki -Duta Turki

Universiti Selangor (UNISEL) menerima kunjungan hormat daripada H.E Dr. Merve Safa Kavakci, Duta Turki ke Malaysia bersempena dengan Syarahan Khas beliau yang bertajuk “Prospects For Turkey – Malaysia Relations in Education”.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, ini merupakan kunjungan kali pertama Duta Turki ke Malaysia tersebut ke UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Tambah beliau lagi, lawatan ini merupakan lawatan yang amat bersejarah bukan sahaja buat warga UNISEL malahan juga kepada perhubungan pendidikan di antara Malaysia dan Turki.

Malaysia dan Turki mempunyai jalinan hubungan yang rapat walaupun jarak kedua-dua negera tersebut jauh. Dr. Merve Safa Kavakci dalam pada itu menyatakan hasratnya untuk mengukuhkan lagi perhubungan dengan Malaysia melalui pertukaran ilmu, teknologi dan perkhidmatan.

Beliau yang dilantik menjadi Duta Turki ke Malaysia pada awal tahun tahun 2018, juga mensasarkan peningkatan dalam hubungan perdagangan dan pendidikan dua hala di antara Malaysia dan Turki.

“Saya berasa amat kagum dengan inovasi pendidikan yang ditunjukkan oleh sebahagian institusi pengajian tinggi di Malaysia dan berharap agar ini dapat membuka ruang pertukaran ilmu yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua buah negara,” ujar beliau.

Beliau juga berharap agar kedua-dua negera dapat bekerjasama dalam bidang pendidikan bagi mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan Turki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *