Sambutan Hari Raya Aidilfitri Rapatkan Ukhwah Antara Kakitangan UNISEL

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Rapatkan Ukhwah Antara Kakitangan UNISEL

Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Universiti Selangor (UNISEL) berlangsung dengan jayanya, melibatkan hampir 700 kakitangan dari kedua-dua buah kampus, Bestari Jaya dan Shah Alam.

Sebanyak 14 gerai makanan melibatkan penyertaan daripada jabatan dan fakulti yang menyediakan pelbagai hidangan seperti sate, kambing bakar, mee kari, laksa, buahan-buahan dan macam-macam lagi.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam pada itu merakamkan sepenuh penghargaan kepada seluruh kakitangan universiti yang terlibat menjayakan majlis tersebut.

“Tahun 2018 merupakan tahun yang amat bermakna buat seluruh warga UNISEL. Pelbagai peristiwa manis telah berlaku sepanjang tahun ini dan kita amat bertuah kerana berpeluang untuk bersama-sama meraikan sambutan Aidilfitri ini. Saya amat berharap agar program-program seperti ini dapat mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan kita semua,” ujar beliau.

Selain itu, majlis turut mengadakan cabutan bertuah serta penyampaian hadiah bagi empat kategori yang dipertandingkan iaitu Pakaian Tercantik (L), Pakaian Tercantik (P), Gerai Tercantik dan Persembahan Terbaik.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Saudara Hasni Mohd Noor dan Saudari Nora Lina Mohd Hussin yang merangkul tempat pertama dalam kategori Pakaian Tercantik. Bagi kategori Gerai Tercantik pula dimenangi oleh Fakulti Perniagaan dan Perakaunan manakala bagi kategori Persembahan Terbaik dimenangi oleh Pejabat Sumber Manusia.

Majlis yang berlangsung di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya itu dihadiri oleh YB Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor dan YB Rozana Zainal Abidin, Ahli Dewan Negeri Permatang.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Lembaga Pengarah Pendidikan Industri YS Sdn Bhd dan Prof. Dr. Mohd Faiz Abdullah, Dekan Selangor Business School merangkap Penasihat kepada Menteri Ekonomi Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *