Rukun Negara Kelima, Panduan Perpaduan Rakyat Malaysia

Rukun Negara Kelima, Panduan Perpaduan Rakyat Malaysia

Sempena sambutan Minggu Keharmonian Penganut Antara Agama Peringkat Negeri Selangor, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor hari ini menganjurkan Kolokium Semarak Keharmonian Antara Penganut Agama 2018 di Dewan Pro Canselor Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Shah Alam.

Penganjuran atas kerjasama UNISEL dan Friendship Group of Inter-Religious Services (FGIS) bertujuan bagi menerapkan sifat menghormati agama dikalangan masyarakat yang berbilang kaum dan membantu insan yang memerlukan bantuan bagi menerapkan nilai kasih sayang sesama masyarakat serta menyatupadukan anggota masyarakat komuniti yang berbilang kaum dalam satu program.

Program ini menampilkan panel Prof. Dr. Suresh Kumar, Pengerusi FGIS, Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin, Naib Presiden (Perhubungan Antarabangsa dan Antara Agama) Angkatan Belia Islam Malaysia, Loh Pai Ling, Naib Presiden Malaysian Buddhist Consultative Council (MBCC) dan Jacob Simon, Ahli Jawatankuasa Gereja Ortodok Syrian Malaysia.

Bertemakan kesopanan dan kesusilaan, semua agama menyarankan agar masyarakat saling berkasih sayang dan haruslah sentiasa melakukan kebaikan serta sebagai rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum, setiap individu mempunyai tanggunjawab yang sama dalam mempertahankan negara daripada ancaman luar. Selain itu, untuk hidup secara aman, semua kaum harus saling menghormati dan mempraktikan perpaduan dalam kehidupan.

Majlis diteruskan dengan acara perasmian yang disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL diiriingi oleh Fairojibanu Zainal Abidin, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor.

Naib Canselor UNISEL dalam ucapan berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan secara tidak langsung masyarakat haruslah menghormati satu sama lain. Tambah beliau, program sebegini sangat penting dimana sikap perpaduan dapat dipupuk dalam diri semua masyarakat dan diharap agar dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Dianggarkan seramai 360 orang pelajar dari 15 Institut Pengajian Tinggi (IPT) termasuk UNISEL sebagai tuan rumah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *