Projek Transformasi UNISEL Terus Dilaksanakan

Projek Transformasi UNISEL Terus Dilaksanakan

Perhimpunan bulanan kali ke-3 Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah diadakan di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya bermula jam 9.30 pagi. Majlis perhimpunan ini merupakan amanat bulanan yang telah disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.

Presiden dan Naib Canselor pada permulaan bicaranya mengambil kesempatan untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada pensyarah dan pelajar yang telah menyumbang kecemerlangan kepada UNISEL. Ini secara tidak langsung juga akan menjadi pendorong kepada kakitangan akademik lain untuk turut mengharumkan nama UNISEL menerusi program-program yang dianjurkan oleh pihak luar.

Beralih kepada isu kemasukan pelajar, UNISEL pada tahun ini menyasarkan seramai 4100 orang pelajar meliputi 1,369 orang pelajar baru bagi sesi kemasukan Mei 2018 dan seramai 2,893 orang pelajar bagi kemasukan Jun 2018. Ini meliputi keseluruhan jabatan di setiap fakulti.

Dalam kesempatan itu, beliau juga turut memperkenalkan beberapa projek baharu yang bakal dilaksanakan seperti pengubahsuaian di Fakulti Perniagaan dan Perakauan, pembinaan pintu gerbang di Kampus Bestari Jaya dan Kampus Shah Alam, serta pembinaan kubah masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya dengan harapan agar projek-projek ini dapat menceriakan lagi suasana kampus UNISEL.

Di akhir majlis, beliau mengumumkan beberapa program yang bakal dianjurkan bagi menggalakkan aktiviti sosial bagi mengeratkan lagi silaturrahim dalam kalangan kakitangan dan pelajar UNISEL seperti aktiviti gotong-royong, majlis Iftar Jamaie bersempena bulan Ramadhan, Jamuan Aidilfitri dan Hari Keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *