Presiden Dan Naib Canselor UNISEL Rasmi Pesta Konvokesyen UNISEL

Presiden Dan Naib Canselor UNISEL Rasmi Pesta Konvokesyen UNISEL

Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman hari ini hadir merasmikan Pesta Konvokesyen UNISEL (FESKONISEL) yang diadakan bersempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-13 bertempat di UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau turut menjelaskan bahawa pelbagai penambahbaikan telah dijalankan di kampus Bestari Jaya bagi memberi keselesaan kepada seluruh warga kampus terutama sekali kepada pelajar-pelajar.

“Syukur Alhamdulillah kerana kita telah berjaya meyiapkan pintu gerbang baharu. Selain itu, kita juga menyediakan kabin-kabin untuk Pusat Rekreasi Sukan Air. Apa yang lebih menarik, tapak FESKONISEL ini juga baru sahaja disiapkan dan ianya dibina bagi memberi kemudahan kepada para pelajar untuk mengadakan aktiviti-aktiviti di dalam kampus,” ujar beliau.

Program berlangsung selama empat hari bermula hari ini sehingga 29 Oktober 2018 yang dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar. Pelbagai aktiviti menarik berlangsung antaranya jualan pelbagai produk, persembahan pelajar, pertandingan pentas, pertandingan sukan antara fakulti, persembahan artis serta pameran kerjaya.

Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-13 akan berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Oktober 2018 bertempat di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya. Istiadat penuh warna-warni dan gilang-gemilang tersebut akan disempurnakan oleh Y.A.D Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj, Canselor UNISEL diiringi oleh Pro-Canselor iaitu Y.A.D Dato’ Setia Dr. Anuar Masduki dan Y.A.D Tan Sri Dato’ Sri Dato’ Setia Ismail Adam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *