Pingat Emas Ping Pong Milik UNISEL

Pingat Emas Ping Pong Milik UNISEL

Pingat emas pertama Universiti Selangor (UNISEL) pada kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) telah berjaya dihasilkan oleh Mohamad Hashri Fikri Mohamad Taufik menerusi acara Ping Pong kategori individu lelaki. Penuntut jurusan Diploma Pengurusan Industri Sukan itu telah berjaya mengalahkan lawannya dari Universiti Teknologi Malaysia dengan mencatat kemenangan 3-0.

Kemenangan itu bukan sahaja memberikan kebanggaan buat kontinjen UNISEL yang sedang bertanding di SUKIPT malah kepada seluruh warga universiti. Kontinjen UNISEL setakat hari ini telah berjaya mengumpul sebanyak 2 pingat, satu emas menerusi acara ping pong dan satu gangsa menerusi acara taekwondo.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Mohamad Hashri Fikri Mohamad Taufik kerana telah berjaya mengharumkan nama UNISEL dan selamat berjuang kepada atlet-atlet UNISEL yang lain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *