PFAM Tawar Kerjasama Bersama UNISEL

PFAM Tawar Kerjasama Bersama UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) menerima kunjungan hormat daripada Professional Footballer Association of Malaysia (PFAM) di Kampus Shah Alam. Delegasi PFAM telah diketuai oleh Izham Ismail selaku Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Rezal Zambery Yahya, Presiden PFAM, Hairuddin Omar’ Naib Presiden, Razman Roslan dan Rudie Ramli yang merupakan exco PFAM.

Kunjungan yang berlangsung di Kampus Shah Alam ini membincangkan beberapa perkara antaranya ialah kerjasama penganjuran Kursus Kejurulatihan AFC Lesen ‘C’ serta cadangan penawaran bersama Program Diploma Pengurusan Industri Sukan (Football Management) dan UNISEL Athlete Academic Track kepada ahli-ahli persatuan.

Diharap dengan pertemuan diantara Prof. Dato’ Dr. Mohammed Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor UNISEL serta pengurusan universiti bersama PFAM bakal membawa lembaran baharu kesepakatan hubungan positif melalui matlamat yang dilontarkan, malah hasil kunjungan tersebut bakal merubah landskap pembangunan bola sepak di kalangan penuntut UNISEL selepas ini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *