Peserta Nasyid Sekolah Menengah Lahir Hasrat Sambung Pengajian Di UNISEL

Peserta Nasyid Sekolah Menengah Lahir Hasrat Sambung Pengajian Di UNISEL

Pertandingan Nasyid antara Sekolah Menengah Agama anjuran Jabatan Agama Islam Selangor yang diadakan di Dewan Pro-Canselor Universiti Selangor (UNISEL) menjadi titik tolak perubahan pandangan masyarakat terhadap UNISEL.

Rata-rata peserta yang hadir pada program tersebut memaklumkan bahawa ini adalah pertama kali mereka memasuki perkarangan UNISEL kampus Shah Alam dan amat mengkagumi fasiliti dan kemudahan yang ada di sini.

Menurut Puan Nurizah, guru Sekolah Menengah Agama Jeram, beliau mempunyai keinginan untuk menempatkan anak-anak beliau ke UNISEL malah sebagai ahli pendidik, beliau amat mengesyorkan UNISEL kepada para pelajarnya.

Kebanyakan peserta yang hadir turut meluahkan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi UNISEL berikutan yuran yang ditawarkan amat berpatutan serta yuran pengajian percuma bagi program tahun asas.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *