Pertandingan Debat IPT : Piala Dato’ Menteri Besar Selangor

Pertandingan Debat IPT : Piala Dato’ Menteri Besar Selangor

Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pendidikan Kerajaan Negeri Selangor menganjurkan Pertandingan Debat IPT : Piala Dato’ Menteri Besar Selangor bermula 12 hingga 15 April 2019.Pertandingan yang berlangsung selama empat hari itu disertai oleh 40 pasukan dari 33 institusi pendidikan tinggi seluruh Malaysia.YAB Tuan Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor hadir pada pusingan akhir dan majlis penutup yang berlangsung di Dewan Canselor UNISEL Kampus Bestari Jaya.Turut hadir memeriahkan majlis adalah Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Puan Rozana Zainal Abidin, Ahli Dewan Negeri Permatang dan wakil-wakil daripada IPT yang bertanding.Univeristi Teknologi MARA (UiTM) muncul juara pada pusingan akhir menewaskan pasukan daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia dan membawa pulang piala pusingan, piala iringan beserta wang berjumlah RM8000.Bagi pendebat terbaik keseluruhan pula dimenangi oleh Muhammad Azizi Jamil dari UiTM manakala pendebat terbaik pusingan akhir dimenangi oleh Muhammad Syafiq Jebat, juga dari UiTM.HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *