Perasmian Jelajah 360° Smart Selangor Meriah

Perasmian Jelajah 360° Smart Selangor Meriah

Penganjuran program Jelajah 360° Smart Selangor yang kini sedang berlangsung di Batang Kali, Hulu Selangor meriah dengan sokongan para pengunjung yang hadir. Rata-rata pengunjung tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan para artis jemputan yang hadir pada dua hari penganjuran ini.

Majlis perasmian dirasmikan oleh YB Harumaini Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali bersama Prof. Dato’ Dr Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Fazlina Hashim, Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor dan Ruzaidah Mansor, Ketua Penolong Setiausaha Pejabat SUK Selangor.

Seterusnya, acara diteruskan dengan penyampaian wang pinjaman mikro kredit oleh Hijrah Selangor kepada seramai lima belas orang usahawan Selangor. Majlis perasmian turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada artis popular Ameera Othman.

Hari ini merupakan hari kedua dan juga terakhir penganjuran Jelajah 360° Smart Selangor di Batang Kali, Hulu Selangor. Bagi menghangatkan lagi suasana, konsert Alami Smart Selangor akan diadakan di kemuncak program dengan menampilkan para artis popular seperti Tomok, Bandi Amuk, Sabhi Sadhi dan ramai lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *